3 anak dara.. LOL
Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak…….
Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan….
Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut………..
Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan…..
Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut….
Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu…"
April 30th, 2007 at 5:24 am
haziq..hampeh gell!!hehehe..klaka..nak tnye ape yang “besar teguh n peramah tuh”..kui3..
May 6th, 2007 at 11:19 am
g la tanya mizi.. wahahaha
May 10th, 2007 at 10:14 am
haha… hang nak lucah2 kat sini heh akmal.. hekhek
May 15th, 2007 at 8:15 am
bukan aku la, atas aku tu yg start
May 31st, 2007 at 9:37 am
mane lak aku start..aku tanye ja..saye budak baru blaja..kalu slh tolong tunjukkN..tunjukkan lah..heheee
June 1st, 2007 at 2:23 am
akmal tak leh tunjuk.. orang kate orang kurus MACAM AKU je BESAR TEGUH DAN PERAMAH.. hahaha
June 1st, 2007 at 7:10 am
nape lak akmal x leh tunjuk?huhuuu.frust!
heheee..
peace!
June 4th, 2007 at 12:55 pm
sori la.. aku takleh tunjuk.. nnt ko lari dari mizi muahahahahhahaha
June 8th, 2007 at 3:34 am
hehe.. amek ar akmal.. yg nie ko menang.. hahaha
July 20th, 2007 at 6:56 pm
cit!
July 21st, 2007 at 4:46 am
haha.. alamak! ade izzy ar! malu i.. kekeke
July 21st, 2007 at 8:55 am
bajet